KMaya Registration KMaya Registration


By joining our KMaya community, you will have access to Community Help Line, Reading Café and KM Exchange; post topics, upload content, and access many other special features. Click to register and join our community today!
14 Days FREE trial

Popular Thread – Depth


Cataloging Mengandungi Thread Terbanyak
Cataloging ataupun Pengkatalogan merupakan tulang belakang dalam pengurusan perpustakaan. Cataloging boleh didefinisikan sebagai proses untuk menghasilkan entri bagi rekod katalog. Proses ini melibatkan deskripsi bibliografi, analysis subjek, dan menentukan nombor klasifikasi. Modul Cataloging merekodkan jumlah thread paling banyak dalam KMaya iaitu 75 dengan 159 posts. Justeru, Cataloging merupakan isu yang aktif dibincangkan dalam KMaya.


Kepentingan Tag 745
Jumlah kategori yang terdapat dalam Cataloging ialah 21. Daripada jumlah tersebut, Bibliographic Organisation merekodkan thread terbanyak dengan 34 threads. Sebanyak 15 isu membincangkan tentang MARC tag, indicator, subfield dan penggunaanya. Thread yang bertajuk tag 745 mempunyai 10 posts dan 63 views. Thread ini membincangkan tentang kepentingan tag 745 dan turut dibekalkan dengan panduan untuk menggunakan tag tersebut mengikut MALMARC berdasarkan keperluan ahli komuniti yang bertanya.




Perbezaan, Keperluan dan Indicator
Antara tag-tag lain yang turut dibincangkan dalam kategori ini termasuklah perbezaan antara tag 500 dan 504. Tag 500 mewakili General Note, manakala tag 504 digunakan untuk Bibliography, etc Note. Selain itu, keperluan bagi tag 008 yang mewakili Fixed Length Data Elements turut dibincangkan oleh ahli komuniti. Namun begitu, pada prespektif Moderator, thread yang paling menarik dalam kategori ini adalah berkaitan dengan indicator bagi tag 700, yang dimasukkan oleh Pn. Nurul Aspalina. Jawapan yang diberikan turut memberikan contoh bagi menggunakan First Indicator.



Kesan Rekod yang Lengkap
Katalog rekod yang lengkap dan bersih memudahkan proses pencarian dilakukan. Malah, proses copy cataloging turut menjadi lebih mudah. Dengan menggunakan copy cataloging, ia dapat meningkatkan keseragaman data dalam katalog rekod di Malaysia di samping menggalakan perkongsian maklumat antara perpustakaan.