KMaya Registration KMaya Registration


By joining our KMaya community, you will have access to Community Help Line, Reading Café and KM Exchange; post topics, upload content, and access many other special features. Click to register and join our community today!
14 Days FREE trial

Popular Thread – Most Viewed


KMaya Gedung Pengetahuan
Bermula daripada awal bulan Julai 2012, KMaya secara rasminya telah digunakan sebagai medium kolaborasi antara kakitangan perpustakaan dan boleh disifatkan sebagai gedung pengetahuan. Sehingga penghujung Disember 2012, KMaya mempunyai hampir 700 perbincangan yang terdiri daripada amalan terbaik, pendapat, malah ahli komuniti KMaya terus bertambah menghampiri 190 orang ahli. Thread yang telah dimasukkan ke dalam KMaya boleh diakses pada bila – bila masa dan di mana jua ahli komuniti berada.


Daya Tarikan KMaya Thread
Berdasarkan jumlah thread yang terdapat dalam KMaya, terdapat banyak thread yang acap kali diakses oleh ahli komuniti. Jumlah Views yang tinggi memberi gambaran bahawa tajuk bagi thread tersebut merupakan Hot Topic dalam KMaya. Antara tarikan yang mungkin menjadi penyebab atau peyumbang kepada jumlah Views ini ahli komuniti mengalami masalah yang sama. Oleh itu, mereka boleh mengaplikasikan kaedah penyelesaian yang telah dibincangkan oleh ahli komuniti. Berikut merupakan senarai thread yang mempunyai Views tertinggi daripada perspektif Moderator.


Thread Yang Mempunyai Views Tertinggi

Tajuk : Tag 490
Kategori : Tags
Views : 94
Deskripsi : Membincangkan tag yang tidak dipaparkan di ISBD View.


Thread ini dimasukkan pada 5 Julai 2012 oleh Pn Haniza Hamzah daripada Perpustakaan Negeri Perlis. Walaupun tajuk bagi thread ini ialah tag 490, tetapi terdapat 2 tag lain yang turut dibincangkan dalam thread ini iaitu tag 504 dan |v bagi tag 650. Walaubagaimanapun, permasalahan yang dibincangkan adalah sama iaitu ISBD View tidak memaparkan tag tersebut dan |v dalam tag 650.



Permansuhan Tag 440
Tag 490 merupakan tag baru yang dimasukkan dalam MARC 21 Standard pada 2008 yang mewakili Series Statement Fields. Sebelum ini, untuk Series, MARC 21 Standard menggunakan Tag 440 : Series Statement / Added Entry Title. Antara tujuan utama tag 440 dimansuhkan adalah untuk memudahkan bahan direkodkan dalam Series Statement.


Penyelesaian Masalah
Apabila ahli komuniti membincangkan tentang permasalahan bagi tag yang telah diinput ke dalam sistem tetapi tidak dapat dilihat di ISBD View, tag yang dimaksudkan tersebut perlu berada dalam fail ilmuisbd_new.txt. Fail ini digunakan untuk mentakrif tag dan subfield yang perlu dipaparkan di ISBD View. Justeru, penyelesaian tag 490 adalah sama bagi tag 504 dan |v tag 650. Terdapat juga thread lain yang membincangkan masalah yang berkaitan dengan ISBD View. Thread ini bertajuk Tag dan Subfield tidak dipaparkan dalam ISBD View turut memberikan contoh file Rpt dan menerangkan tentang dua bahagian yang terkandung dalam fail ini.

Sila klik Tag 490 untuk membaca thread berkenaan.